Monday, May 23, 2011

Beza Antara Lelaki & Perempuan :)

Lelaki 

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.
BERATKAN....???!

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya.
Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya..
BERATKAN...???!

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya
pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa
yang ditanggungnya seperti 'gunung dengan semut'. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki.
Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (Wallahua'lam). Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya
yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya..

Wanita 
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta
izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.

Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang
tak ada pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan
di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata
tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan
seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya
3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi
milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala
lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri
dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi
setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh
makhluk ALLAH di muka bumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan
adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap
4 wanita ini:
1. Isterinya,
2. Ibunya,
3. Anak perempuannya dan
4. Saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung
oleh 4 org lelaki ini:
1. Suaminya,
2. Ayahnya,
3. Anak lelakinya dan
4. Saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu
Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja:
1. Sembahyang 5 waktu,
2. Puasa di bulan Ramadhan,
3.Taat pada Suaminya dan
4. Menjaga kehormatannya.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika
taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan
turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah
tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH...sayangnya ALLAH pada Wanita...


"Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri"

Wallahua'lam.. 





kredit :: http://ainichedin.blogspot.com

Kita Sayang Awak Ketat2!

Bila kita sayang orang tu,
Kita tunggu dia lama mana pun takpe,
Tapi bila dia tunggu kita??? Dia marah2...
Hati kita kata "ala, adatlah.. ada yang menunggu & ditunggu...

Bila kita sayang orang tu,
Kita xtido pun xpe layan dia yang tengah bosan,
Tapi bila kita bosan, ada dia layan kita???
Hati kita kata, "xpe, dia busy kott!!!"

Bila kita sayang orang tu,
Kita gaduh dengan dia, kita diam je...
Tapi dia, heboh 1 dunia...
Hati kita pun kata "xpe, dia tension tue..."

Bila kita sayang orang tu...
Kita kol nak cakap dengan dia...
Tapi dia bagi phone kat orang lain atau matikan...
Hati kita kata, "x pe...layan jela, kawan dia, kawan kita jugak..."

Bila kita sayang orang tu...
Kita bercerita dengan dia,
mcm kita nie bercerita dengan tunggul...

Tapi bila dia bercerita dengan kita???
Kita dengar, dah tu sepatah2 perkataan kita kena ingat...
kalau x ingat, kita yang kena marah
Hati kiat kata, "xpe, sayang la katakan…"

Bila kita sayang orang tu,
Kita & dia sama-sama lapar...
Duit dah takde ni..
Tapi kita bagi sume roti kita kat dia...
Hati kita kata, "ala, jaga lah hati dia,sian dia lapar…"

Bila kita sayang orang tu,
Kita sanggup bagi dia rest bila dia letih,
Tapi bila kita letih, dia suruh jugak kita layan dia bila dia bosan...
Adil ker??? Hati kita kata, "ala, bukan selalu pun..."

Bila kita sayang orang tu,
Kita jadi macam orang giler bila dengar dia sakit,
Tapi bila kita sakit,
Dia siap kuar ngan kawan2 dia meraikan hari kesakitan kita,
Hati kita kata, "ala xpe, xkan dia nak berkepit dengan kita 24 jam..."

Bila kita sayang orang tu,
Kita xpernah pentingkan diri sendiri,
Tapi dia hipokrit tahap gaban..
Hati kita kata, "xper, dia mmg macam tu.. kene lah terima..."

Bila kita sayang orang tu,
Kita sayang nak tinggalkan dia selama-lamanya,
Tapi dia xtahu kita berdepan dengan maut,
Walaupun kita sakit, dia kata kat kita, "ala, sakit bese2 jer tu, jangan nak mengarut la..."
Hati kita kata,"macam manelah dia bila kita xde nanti, mesti dia hepi kan..."

Bila kita sayang orang tu,
Kita xsanggup tengok dia menderita,
Tapi dia xpernah pun nak hargai diri kita,
Hati kita kata, "dia tau ke betapa kita sayangkan dia????"

Bila kita sayang orang tu,
Kita sanggup tinggalkan dia selama-lamanya untuk lihat dia bahagia...
Tapi adakah dia tahu pengorbanan kita??
Hati kita kata, "xpe, janji dia bahagia..."

Dan...
Bila kita dah tinggalkan dia selama-lamanya...
Dia datang ziarah pusara kita...
Dia kata Dia mintak maaf sebab pernah mengata kita...
Dia mintak maaf sebab pernah buat kita tunggu dia...
Dia mintak maaf sebab pernah paksa kita layan dia time bosan...
Dia mintak maaf sebab pernah heboh 1 dunia salah kita...
Dia mintak maaf sebab pernah x hiraukan kol kita...
Dia mintak maaf sebab pernah x dengar luahan hati kita...
Dia mintak maaf sebab pernah buat kita kelaparan sebab dia...
Dia mintak maaf sebab pernah ganggu waktu rehat kita...
Dia mintak maaf sebab x pernah hiraukan sakit kita...
Dia mintak maaf sebab pernah pentingkan diri dia sendiri...
Dia mintak maaf sebab x pernah tengok penderitaan kita...

NAMUN SEMUANYA TELAH TERLAMBAT....

 

HARGAILAH ORANG YANG KITA SAYANG... I love you ;)



kredit :: Fesbuk ;)